Netflix Puzzled

8.67K ulasan
Rating kandungan
Remaja
1J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja
Keganasan Fantasi, Bahasa
Ketahui lebih lanjut
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal permainan ini

TIADA KEAHLIAN NETFLIX DIPERLUKAN.

Rangsang minda anda dengan teka-teki harian. Selesaikan teka-teki perkataan, logik dan visual baharu setiap hari, serta koleksi yang berinspirasikan dunia kegemaran Netflix.

Bersedia untuk rutin pagi yang baharu? Jadikannya asas bagi teka-teki harian anda dan temui sesuatu yang baharu untuk dimainkan setiap hari, daripada teka kata yang rumit, Bonza hinggalah cabaran logik klasik, Sudoku. Selesaikan dengan lancar, dalam dan luar talian, tanpa diganggu oleh sebarang iklan dalam permainan.

Tajamkan minda anda dengan koleksi teka-teki khas yang diselitkan dalam keajaiban siri dan filem Netflix, daripada "KPop Demon Hunters," hinggalah "Squid Game" dan "Black Mirror." Temui teka-teki baharu setiap hari di dalam apl atau di Tudum.com, dan mulakan rentetan penyelesaian legenda ini.

TEKA-TEKI HARIAN UNTUK PENDETA PERKATAAN
*** Teka-teki perkataan hanya tersedia dalam bahasa Inggeris buat masa ini. ***

• Scattergories •
Sedia, mula, senaraikan! Lontar satu huruf dan fikirkan lima perkataan yang bermula dengan huruf itu, setiap satu dalam kategori berbeza.

• Combo •
Hubungkan satu rantaian frasa, menggunakan perkataan dan simbol untuk mengaitkan ungkapan yang bertindih.

• Bonza •
Gunakan bayangan daripada tema dan cantumkan kepingan perkataan (secara menegak atau mendatar) sehingga semua segmen bersambung — seperti silang kata yang digabung dengan susun suai gambar.

• Keysmash •
Isi koleksi perkataan dengan huruf vokal yang tertinggal, menggunakan konsonan dan petunjuk. Teka kesemuanya dengan betul untuk dedahkan temanya.

• Crossover •
Tukar kedudukan huruf dan ikon dalam grid silang kata mini, menggunakan petunjuk, sehingga anda mendapat perkataan yang tepat di setiap baris dan lajur.

• Waywords •
Berusaha untuk mencari perkataan. Sudahi setiap teka-teki dengan mencari perkataan yang menepati tema — dan hindari setiap umpan yang dipasang!

TEKA-TEKI HARIAN UNTUK PENCINTA LOGIK

• Sudoku •
Gunakan kuasa deduksi anda untuk mengisi grid dengan nombor 1 hingga 9 dalam permainan logik klasik ini. Setiap nombor boleh muncul sekali sahaja dalam setiap baris, lajur dan blok 3x3.

• Starstruck •
Cari jarak bintang yang sempurna pada grid supaya hanya satu bintang sahaja berada dalam setiap baris, lajur dan lingkungan berwarna, tanpa ada bintang lain yang berdekatan.

TEKA-TEKI HARIAN UNTUK PEMIKIR VISUAL

• Jigsaw •
Sesuaikan kepingan gambar untuk melengkapkan imej dalam jalinan mudah alih yang sempurna untuk kegiatan waktu lapang klasik ini.

• Shapes •
Gabungkan semula bentuk geometrik agar menepati garis kasar tangram baharu setiap hari. Pusing dan susun semula kepingan tersebut sehingga kesemuanya bercantum.

- Permainan oleh Next Games, sebuah Studio Permainan Netflix.

Harap maklum bahawa keterangan Keselamatan Data terpakai kepada maklumat yang dikumpul dan digunakan dalam apl ini. Lihat Pernyataan Privasi Netflix untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpul dan gunakan dalam konteks ini dan selainnya, termasuklah pendaftaran akaun.
Teka-teki harian untuk cerdas
Dikemas kini pada
23 Sep 2026

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
  • Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
    Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
  • Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
    Lokasi, Maklumat peribadi dan 3 yang lain
  • Data disulitkan semasa dalam perjalanan

Rating dan ulasan

8.02K ulasan